fbpx

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal berkata dia turut memberi peringatan kepada suaminya, Aeril Zafrel jika bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita.

Memetik Oh Bulan, Wawa berkata tidak perlu berlebih-lebihan dengan alasan untuk mencari keserasian dalam lakonan meskipun ketika berada di set penggambaran.

BACA: Pilih Misya Jadi Model Tudung, Wawa Zainal Dipuji Netizen

“Saya sebagai isteri tak pernah meletakkan syarat kalau dia (Aeril) dapat sebarang tawaran berlakon. Malah saya tak kisah dengan siapa dia digandingkan tapi saya beri amaran kepadanya tak perlu berlebih-lebihan dengan pelakon wanita.

“Bila dengar atau baca kisah artis terjerebak dalam isu curang, saya memang pesan dekat suami agar jaga diri dan tidak buat perkara serupa.

“Tak payahlah alasan nak cari keserasian sampai perlu bermesra berlebih-lebihan. Saya memang tak boleh terima benda begitu,” katanya.

Sementara itu, Aeril berkata tidak salah untuk mencari keserasian dengan pelakon wanita namun perlu ada batas dan status diri masing-masing.

“Nak cari keserasian itu ada ketikanya perlu jaga tapi kalau untuk orang yang tahu batas sahaja. Keserasian itu kadang-kadang boleh dibuat melalui komunikasi seperti berbual tapi janganlah sampai berlebihan,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril berkata tindakan menyenaraihitam seseorang selebriti itu patut dibuat jika seseorang itu sudah terbukti bersalah mengikut undang-undang.

“Bagi saya selagi tidak disabitkan dengan sebarang hukuman di mahkamah, kita tiada hak untuk blacklist mereka. Tapi perkara ini terpulang kembali kepada pihak produksi kerana ia keputusan mereka,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan