Baru-baru ini pelakon dan usahawan Wawa Zainal berkongsikan wajah baru bagi koleksi tudung terbarunya iaitu Misya Mazlan.
Umum mengetahui, nama Misya menjadi bualan selepas suaminya, Aslam didakwa sudah bernikah dengan pempengaruh media sosial, Marissa Dania di Songkhla, Thailand.
BACA: Aslam & Misya Makan Semeja, Netizen Persoal Kenapa Kena Ada Yang Ketiga
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Wawa dan Misya kelihatan cukup anggung menggayakan koleksi tudung terbaru Wawascarves dalam satu acara.
Turut menjadi perhatian, Wawa menyifatkan Misya seorang yang lemah lembut dan memuji kecantikan ibu kepada dua cahaya mata itu.
Perkongsian Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan pelakon itu berkongsi rezeki dengan Misya.
Malah, ramai yang setuju dengan Wawa mengambil wanita yang ‘teraniaya’ dan bukan ambil wanita yang ‘menganiaya’.