fbpx

“Tak Patut Keluar Dengan Suami Orang, Terang-Terang Saya Salah”

Tidak mahu menegakkan lagi benang yang basah berhubung kontroversi bersama Aliff Aziz, Oktovia Manrose tampil membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah di Insta Story di atas apa yang berlaku.

Menerusi kenyataan tersebut, Oktovia mengakui apa yang berlaku adalah salah dan dia tidak sepatutnya keluar dengan suami orang. Oktovia turut meluahkan rasa kesal di atas kenyataannya sebelum ini dan tidak sepatunya masuk campur urusan mereka suami isteri.

BACA:Bella Astillah Redha Jika Bercerai Jalan Terakhir

“To Bella Astillah I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah.

“I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah,” tulis Oktovia.

Ujar Oktovia lagi, dia tidak sepatutnya bercerita mengenai hal rumah tangga Aliff dan Bella kepada umum. Dalam masa sama, Oktovia turut berharap agar pasangan tersebut dapat menyelesaikan segala permasalahan dengan baik.