Kerana sikap suami yang masih tidak berubah, Bella Astillah sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan dengan Aliff Aziz dan redha andai bercerai merupakan jalan terakhir buat mereka berdua.
BACA: Bella Astillah Halau Aliff Aziz Keluar Rumah
“Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda. Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga”
“Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu saya memilih untuk berkongsi di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dan memberikannya peluang. Nampaknya dia tidak menggunakan peluang”
“Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati. Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga”
“Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik. Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini saya pendam dan tidak kongsi. Sudah banyak juga peluang diberikan”
Bagaimanapun Bella terkejut Oktovia Manrose sanggup bermain cinta dengan suaminya. Malah sikap Aliff yang suka mendengar lagu jiwang mengigatkan Bella ketika suaminya bermain cinta dengan Afifah Nasir suatu ketika dulu.
“Kira-kira seminggu lalu, dia dan Aliff terbabit sebagai teraju utama telefilem. Awalnya, saya tak syak ada apa-apa. Tak sangka, mereka sempat bermain perasaan dalam tempoh yang pendek ketika menjayakan telefilem”
“Saya yang memandu kereta dengan ditemani anak, juga perasan seperti ada yang tak kena dengannya. Situasi itu mengingatkan saya ketika dia dikaitkan dengan Afifah. Saat itu, dia gemar mendengar lagu ‘jiwang’”
Berikutan desas-desus mengatakan Bella menghalau Aliff dari rumah seperti yang didakwa Oktovia. Bella menegaskan keputusan itu dibuat Aliff sendiri kerana keengganannya untuk memperbaiki hubungan mereka.
“Selepas syak sesuatu berlaku, saya memberikannya pilihan, sama ada untuk memperbaiki hubungan atau keluar rumah. Dia memilih untuk keluar rumah. Tak sangka pula, ada pihak yang menunjukkan kebenaran,” jelasnya. (rtky/w)