fbpx

“Tak Patut Diungkit, Orang Tu Pun Nak Ada Anak Dah”

Meskipun sudah setahun episod putus tunangnya berlalu, namun ada segelintir netizen beranggapan penyanyi Sufian Suhaimi masih belum move on dan seolah terus menagih simpati bekas tunangnya itu.

Perkara itu timbul apabila penyanyi itu memuat naik fotonya selepas menyelam berserta kapsyen ‘rindu’. Turut disertakan gambar rakan seperjuangannya, Zynakal.

BACA: Sufian Suhaimi Mahu Ambil Anak Angkat

Bagaimanapun, gambar tersebut disalah anggap dan seorang nitizen secara meluru mengatakan Sufian masih rindukan bekas tunangnya. Tidak hanya berdiam diri, Sufian mempertahankan dirinya membalas komen tersebut menegaskan dia sudah lama move on.

“Sebenarnya, benda itu tidak patut diungkit pun. Sudah lama sangat cerita itu. Orang itu pun sudah nak ada anak.

“Kalau dia ingin cakap pasal penampilan atau suruh saya gembira, saya okey. Tapi kalau kaitkan seolah-olah imej ‘selekeh’ membuatkan orang lain rasa bersalah, itu yang saya terpanggil untuk balas komen mak cik tersebut supaya tiada lagi orang ungkit tentang hal seperti itu,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Sufian berkata dia telah memadam komen berkenaan susulan pelbagai kata-kata negatif netizen malah ramai yang mengecam individu berkenaan yang disifatkan sebagai buli siber.

“Saya sudah memadamkan komen itu apabila ada pula komen-komen balas yang berbaur negatif dan menggunakan bahasa kasar yang saya sendiri tidak gemar.

“Lebih mendukacitakan apabila komen-komen sedemikian datang daripada generasi muda terhadap mak cik itu. Saya rasa biadap sebenarnya apabila situasi itu berlaku di platform yang saya sediakan. Rasa tidak betul!” tambahnya.

Apa pun selepas ini diharap netizen tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi tanpa usul periksa. Pastikan baca perkongsian seseorang artis terlebih dahulu bimbang ada yang tersalah angggap.