fbpx

Sufian Suhaimi Mahu Ambil Anak Angkat

Enggan memikirkan soal cinta lagi, Sufian Suhaimi memberitahu bercinta bukan satu kepentingan buatnya sekarang. Sebaliknya Sufian meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat ini.

BACA: “Apa Ni Makcik, Saya Dah Lama Move On Dan Kalau …”

“Sekarang ini saya tidak bercinta dengan mana-mana wanita pun. Begitu juga dengan Jasmine dan instafamous itu. Bercinta mahupun bernikah bukan satu kepentingan buat saya sekarang ini”

“Sebaliknya saya memikirkan untuk melakukan sesuatu yang memberi makna besar dalam hidup dengan bercadang mahu mengambil anak angkat. Mungkin cinta dalam hidup saya belum sampai lagi dan anak angkat adalah satu rezeki”

Menurut Sufian, beliau merasakan pada usianya 27 tahun ini adalah masa yang sesuai untuk memikul tanggungjawab. Jelasnya lagi, selain keluarga, sekurang-kurangnya beliau mempunyai tujuan untuk bekerja lebih kuat.

“Tidak semestinya ada anak angkat saya harus menjaganya di rumah. Saya boleh menjadikan anak di rumah anak yatim sebagai anak angkat saya. Apa yang penting dengan adanya anak ini, apabila saya bekerja dan berusaha keras saya tahu untuk siapa,” katanya kepada Harian Metro.

Betul kata Sufian, anak itu sendiri rezeki dan punca rezeki dari luar. Semoga hasrat Sufian untuk mengambil anak angkat dipermudahkan. Selain Sufian beberapa selebriti lain juga berbuat demikian seperti Hael Husaini. (rtky/w)