fbpx

Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai perselisihan faham antara pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice.

Umum mengetahui, Caprice menyertai misi kemanusiaan ke Palestin bersama Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

BACA: Caprice Harap Hubungan Dengan Ebit Lew Kembali Pulih

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Facebook Ahli Parlimen Baling itu ada memuat naik foto ketika menjalani misi kemanusiaan di Kem Pelarian Gaza, Jordan.

Namun apa yang menjadi perhatian, netizen tertanya-tanya dimana penyanyi rap itu apabila kelibatnya tidak kelihatan dalam foto dikongsikan.

Diruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan adakah Caprice tidak menyertai aktiviti berkenaan sedangkan turut dia merupakan salah seorang peserta di bawah pasukan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang bersangka baik mengatakan mungkin Caprice yang mengambil gambar tersebut atau tidak mahu berada di hadapan kamera.

Difahamkan, sehingga kini pasukan berkenaan masih tidak dibenarkan memasuki Gaza dan hanya memberikan bantuan di kem pelarian Gaza sekitar Jordan.

Terdahulu, Caprice memaklumkan akan membuat Instagram Live pada 21 Julai ini bagi membongkar hal sebenar terjadi di Gaza. Apa pun sama-sama kita nantikan.