Caprice Harap Hubungan Dengan Ebit Lew Kembali Pulih
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kontroversi mengenai penyanyi rap Caprice yang mendedahkan konflik yang berlaku antaranya dengan Ustaz Ebit Lew.
Lebih membimbangkan apabila Caprice mendedahkan dia terpaksa mengambil ubat bagi membantunya tidur. Bagaimanapun, Caprice berkata pengambilan ubat tersebut tiada kaitan dengan masalah kemurungan sebaliknya kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.
BACA: Beri Teguran Isu Gaza, Caprice Kena Block Dengan Ebit Lew?
“Ramai cakap saya mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Ini bukan isu kemurungan tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan.
“Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik gila’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” katanya.
Dalam pada itu, Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir meluahkan rasa kecewa hubungan baiknya dengan Ebit Lew renggang disebabkan campur tangan pihak luar serta berharap hubungan mereka kembali pulih kerana dia sangat menyanjungi serta menjadikan aktivis itu sebagai idolanya.
“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza. Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan pihak lain. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice berkata dia mempunyai perancangan bersama Ebit Lew untuk melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama namun tidak tercapai kerana campur tangan pihak lain.
“Ketika tiba di Kaherah, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada ‘pihak lain’ yang masuk campur. Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi begini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.
“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada ‘tangan’ dari luar yang tak mahu lihat saya ke sana,” katanya.
Terdahulu, Caprice mendedahkan akaun Instagram miliknya disekat Ebit Lew serta memberi bayangan bahawa pendakwah itu punca dia tidak dibenarkan memasuki Gaza.
- SUMBER
- Harian Metro
Ah bosan lah isu yg meleret2 ni. Sekali 2 post dah la. Ni dah berjela. Buang masa baca. Mmg x baca dan pun.
Hati2 dgn covid. Yg ni baru la crita hal hidup mati.
Menguap lah baca pasal hang
Tak, sekarang ni dia siapa sebenarnya yang sampai, kalau ikut apa dia cakap la, ada orang tak nak dia masuk gaza?
Kalau nak join ebit lew..keretapi sampai ko caprice kenalah berada bersama ebit lew..sebab dia takkan nak tunggu ko..dia kesana menggunakan laluan kerajaan Malaysia..wisma putra..bukan suka hati nak tunggu ko..nih bukan travel agensi…adoii.
Berjihad betulkan diri sendiri dulu Caprice ye. Muhasabah diri dulu. Jgn spt anjing menyalak bukit
Tak semestinya kena pi Gaza untuk berjihad..
Muhasabah diri..
Lain kali sapa2 pun tk payah p mana2. Dok di rumah saja. Nak p sangat tu pasai pa? Marhah ni, marhah ni. Tengok muka ni, marhah ni…
Marhahtu apa
Reply to Bosan, marhah = marah. Tengok le bideo adik kecik yg marah sb pkp tk habis2, dia tk leh keluar.
apsal pulak die nak masuk gaza sekali ngan ebit lew? ebit lew pegi dengan team die kan..apsal nak sibuk menyelit? pegi la dengan team caprice sendiri..pegi pun asing2 kan..pastu salah kan ebit lew pulak..hmmm budak2 mintak gula2 mcm ni laaa..xdapt gula2 ngis..hehehe