Tidak dinafikan, susulan pandemik melanda negara ramai yang sunyi apatah lagi tidak dapat bertemu keluarga yang jauh serta keluar bersama rakan-rakan seperti biasa.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri turut meluahkan rasa sunyi dan mahu merakamkan lagu terbaru berjudul ‘Sunyi’.

BACA: Aliff Syukri Siapkan Diri Bertanding PRU Ke-15

Dalam entri tersebut, Aliff turut meminta pendapat daripada pengikutnya untuk mengeluarkan lagu tersebut memandangkan itu merupakan perasaan yang dirasainya ketika ini.

Kata Aliff lagi, dia merasakan ianya satu kerugian jika suara merdunya yang dikurniakan Tuhan tidak digunakan.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat, malah ada juga yang mengakui tidak sanggup mendengar suara usahawan kosmetik itu.