fbpx

“Tak Nak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?” – Marissa Dania

Perkongsian pelakon Abby Abadi di Instagram menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik hantaran mengenai peranan ibu.

Menurut Abby, sebagai ibu tidak perlu berusaha untuk menjadi Mama yang sempurna, sebaliknya berusahalah untuk menjadi Mama yang bahagia.

BACA: Abby Abadi Tak Tahu Marissa Bersalin Bayi Pra Matang, Belum Ada Khabar Berita

Kata Abby lagi, seseorang ibu itu perlu waras untuk menguruskan rumah tangga dan hal-hal lain.

“Kalau rasa sedih menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat ambil masa berehat kerana kita juga manusia,” tulisnya.

Apa yang menjadi perhatian, diruangan komen perkongsiannya itu anaknya Marissa Dania dilihat ada meninggalkan komen bertanyakan kepada ibunya enggan membalas mesej.

Terdahulu, Marissa yang sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut, namun bayinya dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.

Bagaimanapun, Abby berkata dia tidak tahu berita mengenai anaknya, Marissa Daniadilaporkan sudah bersalin bayi pra matang.