fbpx

Pelakon Abby Abadi berkata dia tidak tahu berita mengenai anaknya, Marissa Dania dilaporkan sudah bersalin bayi pra matang.

Memetik mStar Online, Abby berkata dia masih belum mendapat khabar berita daripada anaknya mengenai perkara itu.

BACA: Bayi Sulung Marissa Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan

“Tak tahu (berita Marissa keguguran). Serba tak tahu buat masa sekarang. Saya tak tahu nak nasihat apa,” katanya.

Pagi tadi sumber memberitahu Harian Metro, Marissa yang sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

Bagaimanapun, bayi sulung Marissa dan Aslam dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.

Difahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami, Aslam menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.

SUMBER: mStar Online