“Tak Nak Ibu Tiri, Nanti Perempuan Tu Minta Duit Daddy”
Baru-baru ini video dikongsikan di Instagram Allahyarham Siti Sarah menjadi perhatian ramai apabila memaparkan tetalah anak ketiga pelawak Shuib Sepahtu iaitu Ariq Matin.
Menerusi video tersebut, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditanya mengenai sebab mengapa dia tidak mahu mempunyai ibu tiri.
BACA: Netizen Sebak Dengar Nyanyian Shuib
View this post on Instagram
“Kenapa tak nak ibu tiri lagi? Jawapan Matin. Korang rasa macam mana ni? Tak tau nak jawap apa,” tulis kapsyen video tersebut.
Jawapan diberikan Matin ternyata mengejutkan ramai apabila dia memberitahu ianya pembaziran serta mengatakan ibu tiri akan mengikis wang bapanya dan akhirnya mereka akan jatuh miskin.
“Bazir… nak tahu kenapa? Nanti perempuan tu minta duit dekat daddy! Nanti kita jadi miskin,” katanya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan jawapan diberikan oleh kanak-kanak itu yang disifatkan jujur dan bijak.
Malah, netizen berkata kanak-kanak tidak reti menipu dan mengagumi anak Shuib itu sudah memandang jauh mengenai perkara itu.
Terdahulu, Shuib mengakui sedang mengenali wanita lain. Bagaimanapun, Shuib berkata hubungan itu masih terlalu awal dan dalam fasa berkawan serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
- SUMBER
- Ohmymedia
Pelik bdk kecik tahu takut miskin
KALAU DAH TAKDIR DADDY KAHWIN BARU NAK BUAT CAMMANA.. REDHOOOOO JE LER…
DADDY HARI2 TEKAN MADU LEBAH…
TAKKAN NAK MACAM DOLMAT ASYIK MAIN BELONNNNNN DI BILIK MANDI AJE KANNNNN
klw nak buat content sekalipun, jgn la sampai ajar budak2 cakap mcm tu. nakkan rating ke? … bersangka baik kepada Shuib, ini mungkin bukan idea dia. tapi bdk kecil yg baik takkan pernah mengenali kekayaan bapa dan miskinnya hidup. kanak2 normal hidup mereka hanya tau suka, ketawa dan gembira, tak kira wlwpun mereka hidup susah. klw mcm ni sikap anak Shuib, ini sesuatu yg tidak sihat …
SURUH BUDAK KECIK BERCAKAP LEPAS TU “JUAL” DALAM SOCIAL MEDIA…
BUDAK TAK BERAKAL ATAU YG TUA BANGKA YG TAK BERAKAL EHHH…?
EXPLOITASI KANAK2..
Sorry la ye..mana dia tau pompuan tu akn mintak duit kat bapak dia?
Mesti ada org yg ckp mcm tu kat dia
Budak2 mana tau kaya miskin kalau org dewasa xbagitau
Ye, mgkn betul..ada yg akan ambik kesempatan sbb shuib byk duit tp sbg org tua, sila didik anak supaya hormat semua org..jgn cepat bersangka buruk pd org lain
Jgn igt semua mak tiri tu jahat
Kebanyakan pompuan sekarang tengok duit dan harta. Yang pakai tudung selalu nye kuat kikih duit laki. Jangan terpedaya dengan imej muslimah lemah lembut, semua wayang saje. Motif sebenar nak duit je
@abg lokek
Ko duit pun ilek.lg mau tuduh pompuan bertudung nak kikis duit ko. Sooo funny.
Kalo asik prejudis bini baru aka mak tiri jahat and mata duitan. Sampai kertu la bpk ko tk kawin. Budak2 ape phm perasaan mak bpk yg single
Kalau dah kahwin baru nafkah untuk isteri tu wajib wahai anakku sazali.
Budak blum baligh lg pun dibawak masuk frame. Mustahil ke kalau takde pun budak tu kata spt yg dilapurkan?? Cuba fikir sejenak.