fbpx

Netizen Sebak Dengar Nyanyian Shuib

Baru-baru ini menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, pelawak Shuib Sepahtu ada memuat naik videonya mendedangkan lagu berjudul Kepingan Hati milik ST12.

Menerusi video itu, Shuib dilihat bermain gitar sambil menyanyi dengan penuh perasaan ternyata membuatkan netizen sebak.

BACA: Netizen Minta Henti Tanya Shuib Soal Kahwin

@shuibsepahtu

Tag member korang ? #KepinganHati

? original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Malah, ada segelintir turut mengalirkan air mata kerana terkenangnya isteri pelawa itu Allahyarham Siti Sarah yang sudah lima bulan pergi menghadap Ilahi.

Tidak kurang juga ada yang teringat kembali sebelum ini arwah Siti Sarah pernah mengatakan suaminya itu sememangnya boleh menyanyi.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka dapat melihat air muka Shuib masih rindukan arwah isterinya serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.