Dalam ramai-ramai anak selebriti, Yusuf Iskandar iaitu anak kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen antara yang menjadi perhatian ramai netizen. Boleh dikatakan ramai yang suka melihat gelagat serta kelatah Yusuf Iskandar yang sememangnya menghiburkan hati.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Baru-baru ini, menerusi Instagram, Hanis ada berkongsikan cara membesarkan anaknya tanpa perlu bergantung kepada gajet. Perkongsian Hanis mendapat reaksi positif daripada netizen yang turut mengagumi cara didikan Hanis yang tidak manjakan anak dengan gajet.
BACA: Video Ucapan Hairul Azreen Dikritik Tak Hormat Isteri
Bagaimanapun, ada yang mengkritik Hanis Zalikha dengan mengatakan kononnya tidak mahu anak bermain dengan gajet tetapi dedahkan anak di media sosial seperti selebriti.
Netizen turut memberikan kata-kata sindiran dengan bertanyakan adakah Bill Gates membuat akaun media sosial untuk anak-anaknya. Kata netizen lagi, adakah mendedahkan anak di media sosial itu satu perkara yang bagus?
Kata netizen lagi, ramai ibu bapa diluar sana yang sangat bagus mendidik anak-anak, bezanya mereka tidak kongsikan di media sosial dan tidak mengejar populariti. Dalam pada itu, ada netizen mengatakan, tiada masalah untuk berkongsikan tentang anak kepada umum, tetapi tidak perlu berlebih-lebihan.
Bukan mudah bergelar anak selebriti, kalau dah mak ayah dah popular, pasti anak pun akan terkena tempiasnya. Netizen pun semua benda nak kecam, tak kongsi kecam, bila kongsi pun dikecam juga. Apa pun setiap ibu bapa mempunyai cara didikan mereka tersendiri.