fbpx

Tak Naik Gambar Sebab Jaga Aurat Amyra Rosli

Menjawab pertanyaan netizen, Noorkhiriah menjelaskan mengapa beliau tidak memuat naik gambar bersama pelakon utama drama Nur, Amyra Rosli kerana ingin menjaga aurat pelakon itu daripada dipamerkan.

BACA: Peminat Puji Noorkhiriah Kongsi Video Bersama Jururawat

“Kalau saya sibuk menjaga aurat saya takkanlah sesuka hati saya nak pamerkan aurat orang lain di sini. Walaupun banyak pendapat tapi saya ambil pendekatan untuk mengelakkan mempamerkan aurat wanita lain dalam IG saya”

Menurut Khiriah, beliau mencuba untuk mengelak daripada memuat naik mana-mana gambar wanita yang tidak menutu aurat di media sosialnya bagi mengelak dirinya ditambah dengan dosa sia-sia.

“Andai tiba-tiba wanita tiba-tiba wanita tidak menutup aurat ada dalam mana-mana gambar, saya akan minta izin terlebih dulu sebelum post. Jangan main-main sehelai rambut pun tetap akan di azab”

“Hanya kerana tak pasal-pasal dosa saya bertambah. Dahlah saya ni memang pendosa yang ingin ke syurga. Ingat syurga itu murah?,” tulisnya menjawab pertanyaan netizen di ruangan Instastory. (rtky/w)