Pelakon Zarina Zainuddin mendapat pujian netizen berkenaan caranya membesar dan menjaga dua anak lelakinya yang menghidap autisme.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu kagum dengan Zarina dalam membesarkan dua anak istimewanya tanpa meminta layanan berbeza atau istimewa.

BACA: “Mungkin Alesya Bidadari Syurga…” – Zarina Zainuddin Gembira Azal Ada Kekasih

“Paling respect dengan beliau, bukan seorang tapi dua orang anak istimewa. Tak ada pula pernah nampak nak demand macam-macam, diminta dilayan special dan feel entitled,” tulis individu itu.

Hantaran individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan Zarina antara ibu yang menyebarkan kesedaran mengenai anak autismes dengan cara yang betul.

Malah, ada yang berkongsikan pengalaman bertemu Zarina bersama anak-anaknya ketika berada di tempat awam dimana pelakon itu tetap beratur bersama anak-anak meskipun boleh menggunakan laluan priority (laluan keutamaan).

×