fbpx

“Tak Mati Pun Kalau Tak Ada Media Sosial”

Sering dikritik kerana tubuh badannya terlalu kurus, pelakon Mimi Lana memberitahu dia tidak pernah terasa hati mahupun mengambil serius tentang perkara itu.

Katanya lagi, dia tidak pernah terganggu dan orang di luar sana boleh berkata apa saja tentang dirinya kerana dia memandang kritikan tersebut dari sudut positif.

BACA: “Saya Terlalu Kurus Sebab Tuntutan Watak Tapi …”

“Saya tak pernah rasa terganggu pun dengan kritikan itu. Apabila orang bertanya, saya hanya memberi pandangan sahaja. Saya okay saja bila orang kata diri kurus.

“Orang tegur-tegur mengenai diri saya pun, saya tak ada masalah. Anda boleh kata apa saja kepada saya. Bagi saya, kalau mereka kata saya kurus, mungkin saya boleh besarkan paha atau kena pergi gimnasium tapi tidaklah sampai saya depresi,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mimi berkata dia enggan berkongsikan kisah peribadinya di media sosial lebih-lebih lagi hal tentang kekasihnya iaitu Syafiq Kyle. Ujarnya lagi, dia hanya menggunakan media sosial hanya untuk kerja.

“Kita tak boleh nak kawal media sosial sebab itu saya gunakan platform itu hanya untuk kerja sebab saya tahuu betapa bahayanya media sosial.

“Untuk orang yang hadapi masalah depresi berehat adalah jalan terbaik dan tak mati pun kalau tak ada media sosial. Sebenarnya saya anggap netizen ini adalah robot. Bagi mereka yang suka kecam, gunalah media sosial dengan baik,” ujarnya.