fbpx

“Saya Terlalu Kurus Sebab Tuntutan Watak Tapi …”

Tampil kurus hingga mempunyai berat badan 43 kilogram, Mimi Lana berasa rimas dengan teguran netizen mengenai perubahan bentuk badannya. Menurut Mimi sesetengah netizen seakan sakit hati melihat penampilan barunya itu.

BACA: Mimi Lana Ditahan Pihak Polis Kerana Miliki Ganja?

“Apabila orang cakap saya kurus, saya tiada masalah kerana memang kurus. Saya buat kerja demi karakter yang akan saya lakonkan. Tetapi saya ada masalah dengan beberapa netizen yang tidak betul dan sakit hati melihat badan saya”

“Komen seperti kenapa kamu kurus sangat, tolonglah membuatkan saya rasa pelik. Sesetengah netizen kelihatan bersungguh-sungguh seperti merayu apabila menegur berat badan saya,” jelasnya kepada m Star Online.

Untuk pengetahun perubahan berat badan Mimi adalah bagi menjayakan watak terbarunya, Pusaka yang kelihatan lesu, cengkung dan tidak bermaya. Kongsi Mimi, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogaram.

Menerusi filem itu Mimi membawa watak Nur yang mempunyai kembar tidak seiras yang dilakonkan oleh kasihnya sendiri Syafik Klye. Jadi jelas buat netizen diluar sana, Mimi kurus atas tuntutan lakonan. (rtky/w)