Tak Malu Niaga Tepi Jalan, Amir Raja Lawak Syukur Air Jagung Laku
Bulan Ramadan merupakan limpahan rezeki buat para peniaga, termasuklah buat pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak yang meneruskan perniagaan Air Jagung Amirreka yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Amir dilihat aktif mempromosikan minuman jualannya dan turut menawarkan ‘Cash On Delivery’ (COD) untuk pelanggan yang ingin membeli susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
BACA: Amir Raja Lawak Naik Angin Dipaksa Sertai MLM
Malah, Amir juga dilihat turut menjual air jagungnnya itu di tepi jalan dan sambutannya amat menggalakkan dimana dia berkongsikan hampir 100 botol minuman habis dijual dalam tempoh masa yang singkat.
Difahamkan, Amir juga turut mempunyai beberapa cawangan Air Jagung Amirreka di negeri lain antaranya di Sabah, Kuantan dan Selangor. Ramai tidak tahu Amir sebelum ini pernah mengusahakan perniagaan roti bakar namun tidak menjadi.
Hanya sekadar ‘suka-suka’ pada mulanya untuk berniaga, Amir berkata dia tidak sangka mendapat sambutan. Menurut Amir, pati air jagung tersebut dibuatnya sendiri dan mendapat resepi daripada rakannya.
Gigih mencari rezeki dibulan Ramadan, rata-rata netizen mendoakan agar pelawak itu sentiasa dimurahkan rezeki dan perniagaan tersebut bertambah maju.
- SUMBER
- Ohmymedia
Bagus. Tidak malu berniaga seperti raja afiq juga menjual.
Syabas, semoga dilimpahi rezeki…
Tak perlu malu demi mencari rezeki yg halal dari Allah Taala…Teruskan usaha dan slmt majujaya Amirreka…
good job amerika
Terbaeks laa tuan amir…u da best. Salute dari Rompin