fbpx

Amir Raja Lawak Naik Angin Dipaksa Sertai MLM

Kami yakin bukan Amir Raja Lawak seorang sahaja yang pernah terkena situasi begini. Baru-baru ini, Amir menyuarakan rasa terkilan apabila dia telah ‘dipancing’ untuk menjadi pengacara namun sebenarnya dijemput menjadi ahli skim jualan langsung (MLM) sebuah produk kecantikan.

BACA: Amir Tiada Masalah Tinggal Dengan Mertua

Amir-Raja-Lawak-Naik-Angin-Dipaksa-Sertai-MLM---ROTIKAYA_in-text

“Aku ni dari tempat shooting sanggup tak balik mandi tunggu nak jumpa sebab excited nak jadi host, rupa-rupanya.. Dengar dia sembang panjang-panjang aku ngantuk/main tepon kata aku ni macam tak respect, padahal dia yang cakap lain, pastu lain yang jadi..Sape yang tak respect sape sekarang?” luah Amir penuh rasa kecewa di laman Instagram.

“Usahlah menipu semata-mata mahu mengajak orang berniaga. Jika anda yakin dengan produk yang diniagakan, tidak perlu takut untuk mempromosikannya secara berhemah. Apatah lagi sekarang ini banyak medium di laman sosial terutamanya yang boleh mempromosikan perniagaan masing-masing,” jelasnya kepada mStar Online. (rtky/s)