Tak Mahu Longgok Di PPS, DSV Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengambil inisiatif turun padang menghulurkan sendiri bantuan terus kepada mangsa banjir kerana bimbang bantuan tidak diagihkan secara terus.
Menurut Vida, pada awalnya dia menghantar bantuan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) namun dia risau adakah barangan tersebut akan diterima oleh mangsa banjir.
BACA: DSV Mengamuk Di IG, Mohon Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Dengkil
View this post on Instagram
“Pada mulanya saya agih bantuan di PPS dan separuhnya terus kepada mangsa tetapi saya rasa tidak puas hati apabila meletakkan barang di PPS.
“Hari pertama memang saya longgokkan barang di PPS dan mula terfikir bantuan akan pergi kemana dan adakah akan diterima mangsa. Disebabkan tidak puas hati, saya terus hantar di pintu rumah mangsa banjir,” katanya.
Kata Vida lagi, dia tidak mampu untuk mengagihkan bantuan tersebut secara sendiri namun meluahkan rasa syukur ramai penghantar makanan turut membantu.
“Apabila tidak puas hati, saya mengambil keputusan untuk terus edar bantuan dari rumah ke rumah. Memang ambil masa tetapi mujur ada bantuan daripada ramai penghantar makanan.
“Bagi saya, jika ada kemampuan untuk mengagihkan bantuan seperti makanan, bantal dan tilam ke rumah-rumah mangsa, lakukanlah,” katanya.
Baru-baru ini, Vida menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Chemperai, Dengkil bersama pasukannya yang turut disertai dua anaknya, Kacak dan Cik B.
- SUMBER
- Kosmo!
Dato vida..yg ni saya salute u..sb da dngr bnyk rungutan pasal bantuan banjir x diagihkan malah kena dtg isi borang bagai kalau nk amik..biau le org kat pps tu nk simpan bwk blik utk dri dia sendiri atau bg anak bini dia makan..jln pling afdal pegi agihkan sendiri lg puashati..
Lps ni sila pecat semua ketua kg, penghulu, ado, pegawai daerah dll ketua komuniti setempat. Diorg semua buat apa masa semua org nk bg bantuan tp xde sapa yg boleh bg maklumat dan uruskan!!
Credit to vida on this!!
Tq tq tq
di mana ada citer datuk ni, tetiba ada citer si lelaki tu pulak di “chapter lain” apa kejadahanan semua ini..