DSV Mengamuk Di IG, Mohon Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Dengkil
Sabtu lalu, banjir besar melanda di beberapa negeri sememangnya mengejutkan ramai apatah lagi banyak kawasan yang tidak pernah dinaiki air turut tenggelam.
Disaat genting ini, ramai rakyat kini berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka yang kehilangan harta benda.
BACA: DSV Terkilan Tak Sempat Bantu Arwah Gmie Kerana Terlalu Sibuk Bekerja
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida juga turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir.
Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian Vida menyeru orang ramai yang ingin memberi bantuan agar tidak tertumpu di satu kawasan semata-mata.
View this post on Instagram
Kata Vida lagi, orang ramai perlu peka kerana masih ramai mangsa yang tidak menerima bantuan yang mencukupi kerana kawasan tersebut tidak mendapat liputan yang meluas.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vida berkata keadaan itu berlaku kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Dengkil, Selangor.
“Saya tak puas hatilah di kawasan diuar-uarkan contohnya di Hulu Langat dan sebagainya, banyak sangat bantuan. Di sini, mana? Mana?
“Kalau nak bagi bantuan, hantarlah ke sini di kampung ini. Kalau di sana sampai berlonggok-longgok, melimpah ruah. Di sini tak cukup. Tak cukup bantal, toto, dapur, tong gas dan air,” katanya.
Difahamkan, semalam Vida menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Chemperai, Dengkil bersama pasukannya yang turut disertai dua anaknya, Kacak dan Cik B.
- SUMBER
- BeautifulNara
Bagus vida on this. Guna gila2 anda utk war2 kan kekurangan rakyat yg lain. Kudos to u. Ni la guna nya populariti.
Kerajaan lemah
Dengkil – penduduk /yb PH amanh
Pm – BN
So ..sendiri mau ingat
Tu la xkan x fhm..selangor kan bwh ph msti lmbt dpt bantuan kjaan pusat..xyah le buat2 tnya knp bntuan lmbt smpai..sendiri pun blh fikir ape..oh satu lg dato vida brbungkus camtu msti panas giler kan huhu
Setakat buat content derma barang sikit sikit, bawak cameraman, lancau lah ko Vidagumuk. Baju, handbag hijau & boot ko bersih. Tolong apoooo !!!! Clout chaser betul.
Dato’ichele Yeoh pun tolong bersih Kan rumah orang. Ko anak beranak menyemak je.
Setakat buat content derma barang sikit sikit, bawak cameraman, lancau lah ko Vidagumuk. Baju, handbag hijau & boot ko bersih. Tolong apoooo !!!! Clout chaser betul.
Dato’ Michele Yeoh pun tolong bersih kan rumah orang. Ko anak beranak menyemak je.
undi bn lg
Joyah cyber she did better dari kamu yang tak buat apa2 selain dari meroyan di sini sambil membaca web hiburan.