fbpx

Tak Layak Terima BPN, Michael Ang Tetap Sokong Kerajaan

Nampaknya ramailah yang tersenyum gembira apabila menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan. Pengarah popular, Michael Ang turut berkongsikan status permohonannya menerusi Instagram dimana permohonannya itu gagal.

Michael memberitahu meskipun dia tidak layak menerima bantuan khas itu, namun dia akan terus menyokong apa sahaja usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

BACA: Ramai Panic Buying, Michael Ang Mungkin Makan Nasi Telur Kicap

Menerusi entri itu, Michael sempat bergurau dengan mengatakan mengapa dia tidak layak untuk dapat bantuan tersebut dan mempersoalkan adakah dia bukan rakyat Malaysia.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kenyatannya itu. Netizen berkata sudah tentu dia tidak layak untuk bantuan tersebut kerana pengarah itu sudah kaya raya apatah lagi gaji melebihi RM8,000.

Terdahulu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan Bantuan Prihatin Nasional akan dibayar mulai semalam. Bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi itu diawalkan berbanding cadangan hujung bulan ini.