fbpx

Ramai Panic Buying, Michael Ang Mungkin Makan Nasi Telur Kicap

Meskipun dalam Perintah Kawalan Pergerakan, pengarah Michael Ang memberitahu situasi pembelian panik kembali semula apabila ramai yang beratur panjang di kaunter bayaran selepas berkunjung ke sebuah pasaraya semalam.

Menurut Michael ia susulan berita palsu tular mengenai negara bakal diisytiharkan darurat akibat wabak Covid-19 dan rakyat digesa membuat persiapan membeli barangan keperluan.

BACA: Mimpi Kaabah Buka Hati Michael Ang Peluk Islam

https://www.instagram.com/p/B98JSFWpLoR/?utm_source=ig_embed

Ujarnya, disebabkan keadaan itu dia yang hanya membeli bahan mentah seperti cili giling, kicap, sayur brokoli dan daun kuchai untuk makan malam terpaksa beratur panjang selama 45 minit meskipun barangan yang dibeli hanya sedikit.

Malah ujarnya lagi, kemungkinan dia akan menikmati nasi bersama telur kicap sahaja jika keadaan berterusan seperti itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pasar raya yang tidak menyediakan laluan ekspress untuk pembayaran barang yang sedikit. Malah, netizen turut mengecam mereka yang melakukan pembelian panik kerana dari situlah wabak boleh merebak.

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan agar Michael membeli barangan keperluan di kedai runcit berdekatan rumah atau pembelian dalam talian tanpa perlu bersusah payah beratur panjang kerana bimbang terdedah jangkitan virus.