“Tak Kisah Watak Emak, Dekat Luar Saya Tetap Muda”
Semakin banyak wajah baru menghiasai di kaca televisyen, Rozita Che Wan akur jika tidak lagi menjadi pilihan untuk membawa watak utama. Malah, Che Ta berkata tidak sesekali menolak jika ditawarkan watak kakak atau emak.
BACA: Baju Tak Sesuai Melawat Orang Sakit, Che Ta Dituduh Sebar Kuman
“Sudah lama saya berlakon watak kakak atau ibu, malah sebelum ini, pernah menggalas karakter sama dalam drama seperti Hani dan Kak Marr. Saya tidak kisah jadi emak atau kakak kerana di luar skrin, penampilan saya tetap muda.
“Cuma, kebelakangan ini, saya kerap diserahkan watak antagonis, bermula sebagai Kak Bed dalam drama, Lelaki Kiriman Tuhan dan terbaru, Suri Katrina,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Che Ta juga tidak pernah mempersoalkan sama ada diberi watak besar atau kecil kerana apa yang penting baginya adalah impak yang diterima oleh penonton melalui wataknya.
“Selain bayaran yang berbaloi, saya perlu menimbang beberapa faktor lain, termasuk kesesuaian jadual penggambaran kerana saya turut mempunyai komitmen tersendiri,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Susah kalu x reti terima kenyataan… masaalah psikologi ke ni nenek?
nek.. udah2 lah berangan bawah tangga.
memang la kena terima..kalau tak,mcm mana nak menampung kehidupan kau yg maha mewah tu
nasib baik watak emak2 bukan watak opah kan? ?
Lawa ke??? Lantak ko la nek.
Ish … Nape la director tak bagi watak heroin drama pukul 7 …..Nek Ta sesuai sgt jadi menantu teraniaya …
” Cinta si anak ikan”
Tak boleh bawak watak sedih2.. nanti menangis, luruh bulu mata bak awning tuh.
Dri dulu smai skang berlakon xde kemajuan dia ni. Sekadar memenuhi karekter jek. Jgn kata nk tercalon sbg pelakon pembantu dan heroin terbaik, nk tercalon sbg pelakon wanita popular pun x smpt lg.