Baju Tak Sesuai Melawat Orang Sakit, Che Ta Dituduh Sebar Kuman
Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana menjadikan Che Ta sebagai ikon fesyen untuk mereka yang berhijab.
Malah gambar terbaru yang dimuat naik Che Ta ketika melawat pesakit di sebuah hospital juga turut mendapat pujian ramai dimana ada yang mengatakan pelakon itu tetap tampil cantik walaupun ke mana sahaja.
BACA: Che Ta Mahu Khatam al-Quran Bulan Puasa Ini
Bagaimanapun, seorang doktor tampil meninggalkan komen serta tertanya-tanya bagaimana pihak hospital boleh membenarkan Che Ta duduk bergambar dengan pesakit sedangkan pakaiannya itu berbulu dan boleh menyebar kuman.
Tidak berpuas hati dengan tuduhan tidak masuk akal itu, Che Ta tampil menjelaskan apa yang berlaku. Che Ta berkata, dia tidak kisah ditegur tetapi pastikan siasat terlebih dahulu dan tidak membuat tuduhan melulu.
“Doktor itu menuduh saya memakai baju jubah yang mempunyai bulu dan kononnya boleh menyebarkan kuman kepada pesakit selepas saya memuat naik gambar ketika melawat Hospital Sungai Buloh baru-baru ini.
“Saya tidak kisah ditegur, tetapi janganlah semberono sahaja. Saya memakai jubah bermanik, bukan berbulu. Jangan cepat sangat membuat tuduhan jika tidak tahu perkara sebenarnya.
“Saya tahu adab melawat orang sakit. Tidak mungkin saya sesuka hati mahu duduk di atas katil orang jika tiada kebenaran daripada mereka sendiri,” katanya kepada Kosmo!
Che Ta berkata lagi dia hadir ke hospital tersebut atas jemputan. Dalam pada itu, Che Ta turut menasihatkan agar ditujukan komen kepada pihak hospital, jika ada netizen diluar sana yang tidak suka dengan lawatan artis ke hospital.
- SUMBER
- BeautifulNara
nape aku pun nmpk bulu2 gak baju tu? x nmpk pun manik.. mcm bulu ayam .. bulu burung pun ye :D
power cermin mata dh kne tmbh kot sis?
sian che tor tu.. senang kena tipu kot hang ni ? lol
Aku pun nampak macam bulu ayam.ko ni makcik.nak bergaya pon ikut tempat la.24 jam ko bergaya apa kejadahnyeee makcik.ko baget ko pg sana org nak tgk ko ke.org nak tgk org sakit daaa.ntah apala dia ni.makin tua makin buang tebiat
Orang tua nyanyuk. Bila kata salah nak betul jugak. Ni la ciri ciri x sedar diri. Asik nak menang je. Macam hebat je. Nak riak je. X bole nak bersalah sikit. Yela ko je la betul che ta. Orang lain sume salah. Ko da tua nyanyuk nak wat camne. Meluat tengok nenek ni. Poooooooodddaaaaahhhhhh!!!
Semua org salahkan cheta. I sendiri face to some doc houseman mo pi kerja hari hari hadap patient buat roundcall pon ade gak yg glemer pakai baju bulu bulu n bulu mata pelesu lagi kat ward.blu mata pelesu jatuh nnt kang bwk kuman gak.hehe. Tp xkisahlah.doc pon manusia gak nak melawa melaram xgitu. Sama la dgn cheta.so xpayah nak pertikai la fashion jenis apa dia nak pakai. Cermin diri dulu. Jgn xpakai baju melawat org sakit sudah.sorry ya docs semua.we all need you too.jgn merajuk dgn komen I. I is mintak maaf sesiap.bulan pose xbaik marah. Jgn dok blame patient patient or visitor buat fitnah plak.
So nek ta ni jgn gak nak melompat org komplen.doc tu cakap so hadamla.next time pg melawat jgn buat lg.ko g hospital.doc lg tau keadaan hospital drpd ko.lain la ko g party.ko nak pakai apa lantak ko la
Kau tu hadam.tak nampak ke komen kat ats ni ckp doc doc yg kat ward kat hospital pon sama je.aku rasa ko kot nenek.bhs melayu mudah pon xpaham. Disclaimer : komen kat ats ni xkecam cheta cuma bgtaw lantak la cheta nekta nak pakai apa pon.semua org sama saja.seperti meludah kelangit akhir tertepek kat muka sendiri gitu
Melawat hospital x payah glamer sangat.. Pakai baju kurung cotton.. Manis dan ayu je.. X payah nk pakai baju ropol2 sana sini, bulu ayam sana sini, manik sana sini.. Mcm rimas je.. Patient mmg x complaint depan2, kt belakang dia complaint.. hehehe..
Okay kalo manik2 sekalipun, kantoi ko datang tu takde niat pun nak pegang baby kan? Datang pun atas jemputan. Duit punye pasal. Kalo tak sbb duit sbb nak advertise diri sendiri. Maklumlah sejak dah tua ni kene rajin dapatkan coverage. Pakai cam bangsa boria utk amik gambor. Duduk pun sanggupla nyenget membelakangkan patient supaya dapat angle muka senget ke timur tu. Manik tajam kene kepala baby dia tak sedar.
jgn xberbaju sudah. doktor pun ramai yg kuar.dr wad ke cafe pakai baju makmal aka lab coat, tlg la nasihat kat diorg skali yer
YEr betul sokong
maaf Dr saya kurang setuju… belajar microb tak dulu… bulu tak salah asal ianya bersih ianya tak akan sebarkan virus atau kuman. Dr tu jgn dok rasa diri bagus sedangkan diri sendiri pakai lab coat keluar hospital p kantin dsbgnya adakah terjamin lab coat tu bersih.. dan berapa kali dicuci.. ntah ntah setahun sekali. sekurang2nya che ta baju dia habis pakai dia basuh. jgn mudah kita judge org kalau takda scientific reason. chill
Dulu Linda rafar gaduh dgn misi..
Ni che ta nk gaduh dgn doktor pulak ke..
Udah2 ler tu