Membawa watak seorang maknyah menerusi telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, pelakon Syafie Naswip turut menerima tempias kecaman daripada netizen yang melemparkan komen negatif di media sosialnya.
Meskipun dikritik dan dikecam teruk, namun Syafie mengatakan dia tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh netizen. Kata Syafie lagi, apa saja komen netizen akan dijawab oleh mereka sendiri dengan Tuhan kelak.
BACA: “Tengok Dahulu Drama Sebelum Jatuh Hukum” – Penerbit
“Apa-apa pun, segala persoalan yang terucap atau tertulis di media sosial adalah persoalan tentang diri kamu sendiri. Apa yang kamu cari dalam hidup kamu.
“Jika kamu kerap mencari kesalahan, maka negatif yang kamu dapat. Jika kamu mencari erti hidup yang baik-baik, maka perkara baik akan melanda hidup kamu.
“Saya tak kisah kamu ingin tulis sebanyak mana komen di Instagram kerana kamu yang membuka aib kamu sendiri. Ruangan itu wakaf dosa untuk diri sendiri. Yang akan menjawab dengan Tuhan juga nanti adalah kamu,” tulisnya menerusi Insta Story.
Menurut Syafie lagi, meskipun watak yang dilakonkannya itu bertentangan dengan agama Islam namun baginya itu adalah salah satu cara dirinya sebagai anak seni untuk berdakwah.
Terdahulu, ramai yang mempersoalkan drama tersebut dan menyifatkan ia akan memberi imej buruk kapada sekolah tahfiz. Malah, ada yang mencadangkan supaya diadakan petisyen bagi membatalkan siarannya.