Peminat Dakwa Haqiem Rusli Tiru Ismail Izzani?
Baru saja mengeluarkan lagu terbaru dalam bahasa Inggeris, What Can I Do For You, ramai mendakwa Haqiem Rusli meniru idea Ismail Izzani sebelum ini yang bertajuk Luar Biasa kerana persamaan lokasi yang digunakan.
BACA: Foto Lelaki Mirip Haqiem Rusli Tidur Bersama Wanita Tular
Bagaimanapun Haqiem menyangkal dakwaan peminat itu dan sempat memerli ‘haters’ bahawa beliau tidak kisah andai orang ramai sering ‘mengata’ tentangnya kerana sebelum ini dirinya pernah dibenci rakyat Malaysia.
“Sejujurnya video muzik lagu saya itu tidak meniru sesiapa pun. Mungkin kelihatan lokasi video muzik yang sama dengan Ismail tapi dari segi muzik memang berlainan. Malah lagu Ismail tidak sepenuhnya bahasa Inggeris”
“Tapi saya tak kisah orang nak mengata sebab sebelum ini pun saya pernah dibenci satu Malaysia. Namun apa sahaja komen atau kritikan, saya ambil secara positif sahaja. Kalau ada yang salah, Insyaallah saya akan betulkan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Haqiem mengaku berasa bimbang dengan penerimaan orang ramai tentang lagu barunya itu, dimana Haqiem mengambil risiko mengeluarkan lagu dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. (rtky/w)
- SUMBER
- M Star Online
Dgn budak2 pun korang membawang kan?
Who is he? Anak kakta ke ni?
sapa ni ??
dgn budak2 pon jd bahan bawang mmg de masalah mental la korg ni
budak mcm ni pun nak layan …yg buat koreography org yg sama dgn ismail izzani sebab tu nampak sama ..industri musik kat Malaysia ni kecil … balik2 mamat tu yg uruskan bebudak ni …kecohhhh aarrrr
Budak2 nak up kalau tak pakai spec itam buat performance x sah.ko tido pakai spec itam gak ke.
rasa aku masih duduk kat malaysia. sape ni?