Pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, Haqiem Rusli kini dilihat lebih positif. Bagaimanapun baru-baru ini nama penyanyi itu sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tular foto lelaki miripnya tidur bersama seorang wanita.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Pelbagai persoalan dan spekulasi timbul susulan penularan foto tersebut. Bagaimanapun, Haqiem menafikan lelaki dalam gambar berkenaan adalah dirinya. Ujarnya lagi, foto itu telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkannya.
BACA: Dulu Boros Sekarang Jimat, Haqiem Rusli Berniaga Burger Pula
“Saya tidak boleh nak ulas lanjut, cuma apa yang boleh dikatakan, gambar itu sudah disunting.
“Saya sendiri tak tahu kenapa ramai orang nak menjatuhkan saya? Kalau saya ada buat salah, saya sudah pun meminta maaf. Niat saya menyertai bidang hiburan juga adalah untuk menghiburkan peminat dan membahagiakan keluarga.
“Tak dinafikan, ketika gambar itu mula-mula tersebar di Twitter, emak dan ayah saya sangat terkejut. Selepas saya menjelaskan kedudukan sebenar, barulah mereka lega,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Haqiem memberitahu dia tidak akan membuat laporan polis selepas mendapat nasihat daripada ibunya. Ujarnya lagi, dia lebih selesa membiarkan sahaja isu tersebut kerana lama-kelamaan ia akan senyap begitu sahaja.