Tak Kenal Iqbal, Rossa Anggap Peminat Nak Bergambar
Baru-baru ini, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli ada memuat naik foto bersama penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa.
Malah, Iqbal berkata kini cuba untuk mendekati dan mahu mengenali Rossa dengan lebih dalam. Difahamkan, Iqbal berjumpa dengan Rossa ketika tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta.
BACA: Iqbal Zulkifli Nak Kenal Rossa Dengan Lebih Dalam
Bagaimanapun, Rossa menafikan mengenali Iqbal dan hanya bertemu sekali sahaja. Kata Rossa, dia mengakui memang ada bertemu seseorang dari Malaysia yang minta bergambar dengannya.
“Siapa lelaki itu yang mahu kenal lebih dekat dengan saya? Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama.
“Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya.
Kata Rossa lagi, dia tiada masalah sekiranya ada individu yang berminat ingin berkenalan dengannya namun sekadar sahabat sahaja.
“Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga,” katanya.
Terdahulu, Iqbal menyifatkan penyanyi lagu Pudar itu seorang yang lemah lembut, sopan, tidak gedik mahupun bising dan minimalis dalam berfesyen.
- SUMBER
- Harian Metro
hahahhaha ferempuan genit xdpat, yg gendut pun xdpat…. xpela kebal, ada tu jodoh kau ngn orang lain… lenkali jgn cepat nau claim mcm2
hahaha..rossa ENGGAK kenal sama lo..
lagi beso GELAK dsv
hahahahaha
Hahahahahhahahahhahahabhaha cerita macam ni best
Abang sokong Iqbal. Iqbal naikkan nama dalam Indonesia. Nanti dikejar perawan janda Indonesia. Masa itulah bukan Rossa saja mahu berkawan. Bunga Citra Lestari pon mahu sahabat. Pompuan jamuan now pandang duit bilion bilion.
Kena friendzone dari awal lol
hahahah kesian beria nak kenal hati budi bagai last2 org tu tak kenal kau pun