Iqbal Zulkifli Nak Kenal Rossa Dengan Lebih Dalam
Umum mengetahui, baru-baru ini usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli kini membawa diri ke Indonesia dan ada kemungkinan mahu berhijrah ke negara seberang itu untuk merawat hati.
Berpeluang untuk bertemu dengan penyanyi terkenal, Datuk Sri Rossa, Iqbal berkata dia kini cuba untuk mendekati dan mahu mengenali Rossa dengan lebih dalam.
BACA: Bawa Diri Berhijrah Ke Indonesia, Iqbal Cari Rumah Harga RM4 Juta
Iqbal menyifatkan penyanyi lagu Pudar itu seorang yang lemah lembut, sopan, tidak gedik mahupun bising dan minimalis dalam berfesyen.
“Semalam saya dijemput untuk tayang perdana filem Love Knots dan kebetulan Rossa ada hadir sebagai salah seorang yang penting dalam filem itu.
“Saya rasa saya nak kenal Rossa dengan lebih dalam dan dekat sebab dia sangat humble. Tapi tak ada niat nak rosak hubungan dia dengan siapa-siapa pun hanya nak berkenalan.
“Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata kedatangannya ke Indonesia disambut dengan baik oleh netizen negara itu dan cuba untuk mencari peluang memasuki pasaran Indonesia jika ada rezeki.
“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia. Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.
“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Iqbal iqbal….
Satu je benda, kalau diri kau yg tak tenang…kat mana kau pergi pun tetap sama…
Ketenangan tu datang dari dalam diri, bukan di mana kita berada…
kalo ko ikhlas xde la ko ckp seakan mmperli, ‘cakap pun xbsing, x sarat bile berfesyen, cakap pun lemah lembut.’ itu la dlu yg ko konon giler nk… bile x jadi smua pun suke… x matang
Rotikulat ni bab citer cmni laju ko kluo yer???
ala.. rossa x kan pandang ko lah. jgn mimpi! dia x kan nak lelaki murahan mcm awak! cermin diri awak?
mmg taste iqbal ne org lbh tua dari ke pa?
Kalau Iqbal berjaya dapatkan Rossa. Aku tabik!!!!!
Rossa baik kahwin dengan Iqbal. Bercinta dengan Afgan sampai kertu dia tak nak ajak kahwin.
Bukannya si Iqbal ni tak tahu netizen Indo kagi dahsyat. Kat luar lagi dahsyat.
Rosa, mat budu nie bila dia kata nak kenal lebih dalam ko berhati2 ye. Dalam maknanye.
Dia ni kuat propa la semua org dia upah utk kontent socmed dia jek. Kt Msia dah x laku dia pegi indon plak
Iqbal : Ross…saa, kawe nok kena mu dale dale.
Rossa : Bisa pak, asal jangan keterlaluan udah.
Iqbal : Jange takok, kawe nok kena dale dale tp
kawe janji dok bise.
Geli2 pulak ak tgk si Iqbal ni. Jantan murahan!
Muka seiras bagai pinang di belah dua…biar orang mengutuk anda, kamu hanya senyum je….biar mereka tambah dosa..Iqbal tambah pahala.
Iqbal oi..kalau ye pun carik le pompuan yg blh beranak lg..bebalik kau carik yg da menopause..kau kan bnyk harta msti le nk ada anak yg blh mewarisi harta kau nt..adoi bodohnya mamat ni
Bukan rossa dah ada Afgan ke…dia ni test wanita begelar dato dan ternama saja ke…
ikut mung ler
perlu ke bg tahu semua org ko nk kenal siapa?
kwn je laa ngn sesapa pun, yg RK pun, mnde mcm ni pun nk jd story
xde modal sgt!!!!!!!
Rossa belum menopause lah. Kaya, high maintenance, rumah mahligai, mampu kekal mudaaaa. Lainlah mak awok makcik kepam perangai cctv. Jiran mandi sibuk. Jiran tidur sibuk. Anak dan segala binatang belaan dalam rumah terbiar macam kubur moyang awok. Mok awok bebal dan hodoh, hasad tengok jiran lebih sikit. Aye sokong Rossa with Iqbal. Afgan tuh menempel ja. Bukan nak kahwin pon dgn Rossa. Bercinta lama lama bukan tulus pon.
Iqbal patut cari PR manager. Biar tapis dulu apa dia nak suarakan. Xde la semua benda murahan dan x matang nak disuarakan. Baru la imej iqbal boleh jd classy. Sbb bukan semua sesuai diutarakan di khalayak. Biar PR yg pikir apa yg sesuai utk dipost di soc med every week.apa la..duit ada tp x reti guna utk upgrade imej and automatically become eksklusif
Remind us, why you want to marry DSV?
Setakat ni aje modal penulis Rotikaya.
Asyik-asyik mangkok ni, Rita Royani, Shuib Perah Simpati…
Sempit betul dunia penulis Rotikaya ni!