fbpx

“Tak Keluar Rumah Dah Bosan, Belum Terkurung Dalam Kubur Lagi”

Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April ini. Sudah memasuki fasa ketiga PKP, ramai yang masih ingkar apabila banyak kenderaan dilihat berada di atas jalan raya.

Turut berkongsikan kisahnya menjalani tempoh PKP, perkongsian oleh pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias mencuri perhatian netizen yang memberi peringatan pedas buat sesiapa yang merasa bosan duduk di rumah.

BACA: A Aida Terharu Ustaz Kazim Elias Tegur Dalam Ceramah

Katanya, ramai yang bosan duduk dirumah sedangkan makan minum semuanya ada. Malah, dapat menonton televisyen dan melayari internet serta berkumpul bersama semua ahli keluarga sepanjang PKP.

Ustaz Kazim meminta mereka diluar sana untuk membayangkan bagaimana rasanya mereka yang dipenjara bertahun-tahun tanpa ada semua itu, apatah lagi jika terkurung di dalam kubur.

“Tak keluar rumah 2,3 minggu pun dah terasa boringnya. Padahal ada makan minum, TV, wifi, anak isteri. Semua ada. Macam mana pula rasanya orang dalam penjara bertahun-tahun kena hukuman. Belum terkurung dalam kubur lagi,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen yang bersetuju dengan perkongsian Ustaz Kaszim itu dan meluahkan rasa syukur apabila masih boleh bergerak di dalam rumah masing-masing. Malah, netizen mengatakan ada hikmah dan pengajaran disebalik pandemik wabak COVID-19 ini.

Ada netizen berkongsikan sepanjang sebulan tempoh PKP ini mereka dapat berehat dirumah dan mengajar anak-anak solat berjemaah serta mengaji Al-Quran. Tidak kurang juga, ramai yang bersyukur kerana waktu ini dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana sibuk bekerja sebelum ini.