fbpx

A Aida Terharu Ustaz Kazim Elias Tegur Dalam Ceramah

Satu demi satu artis tanah air memilih untuk tidak lagi berhijab dan rata-ratanya memberikan alasan belum bersedia dan mahu menjadi diri sendiri. Terbaru, penampilan Datuk A.Aida menjadi perhatian ramai apabila tidak lagi tampil berhijab.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Eliaz yang mengatakan artis yang membuka semula hijab sebenarnya sudah mendapat ‘hidayah’ namun menolak ‘hidayah’ yang telah dikurniakan.

BACA: 7 Lelaki Datang Pikat A Aida Sejak Buka Tudung

Ustaz Kazim turut memberikan contoh seorang artis yang memakai tudung kerana menurut perintah suami, namun selepas bercerai mengambil keputusan untuk membuka semula hijab kerana tidak mahu hipokrit.

Penceramah bebas itu turut menyifatkan tindakan mereka yang meminta peminat mendoakan agar diberi hidayah adalah satu tindakan pelik

Dalam pada itu, penerbit drama Datuk A.Aida mengakui bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya namun dia tidak berkecil hati kerana perkara yang disampaikan itu adalah perkara baik.

“Saya sudah menonton ceramah perdana itu dan saya tidak dapat nak komen panjang kerana apa yang diperkatakan sememangnya benar menurut pandangan ahli agama.

“Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar,” katanya.