Pelakon Rozita Che Wan kurang bersetuju jika anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mahu menjadi pelakon atau penyanyi apabila dewasa kelak.

Menerusi satu video TikTok, Che Ta berkata dia berharap anaknya menjadi ustazah ataupun seorang usahawan.

BACA: “Tempat Isteri Di Sisi Suami” – Che Ta Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja

@rozitachewan1

bdk zaman alpha ni kita ckp sepatah , depa ada ja jawapan depa … ish sejuk pequt mummy kalau besaq nanti aaisyah jadi ustazah ??, tk payah la jadi artis aaisyah oiiiii .. mummy dgn daddy dah lalui , hujung2 kena caqi cabang lain demi meneruskan hidup ? yg selesa ? . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan

? original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

“Mommy nak Aaisyah jadi ustazah. Tak payah jadi pelakon, tak payah jadi penyanyi. Tak ke mana pun jadi pelakon atau penyanyi, hujung-hujung mak hang kena niaga juga.

“Jadi ustazah, kalau tak jadi ustazah, jadi bisnes woman,” katanya.

Sementara itu, Che Ta berkata dia bersama suaminya, Zain Saidin perlu menceburi bidang lain untuk pastikan kehidupan keluarga lebih selesa.

“Sejuk sikit perut mommy kalau besar nanti Aaisyah jadi ustazah. Tak payah jadi artis, mommy dengan daddy dah lalui, hujung-hujung kena cari cabang lain demi meneruskan kehidupan yang selesa,” katanya.

Lebih menjadi perhatian, Aaisyah berseloroh mengatakan ibunya tidak boleh tentukan minat serta hala tuju hidupnya.

“Mommy, ini adalah laluan yang saya minat, bukan mommy. Awak tak boleh tentukan apa yang saya nak atau apa patut saya lakukan,” katanya.

×