fbpx

Tak Jadi Kahwin, Atikah Terima Banyak Tawaran Berlakon

Mengikut perancangan sepatutnya 15 Mac lalu, Atikah Suhaimie sudah pun menjadi isteri kepada Awi Rafael. Namun, sudah ditakdirkan tiada jodoh antara mereka apabila majlis perkahwinan dibatalkan pada saat akhir.

Selepas hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dua bulan lalu tidak kesampaian, Atikah memberitahu dia banyak menerima tawaran berlakon. Katanya lagi, dia banyak sibukkan diri supaya tidak memikirkan apa yang telah berlaku.

BACA: Atikah Suhaime Akui Rapat Dengan Bekas Tunang

“Alhamdulillah, tawaran lakonan juga semakin banyak. Memandangkan kini saya kembali aktif, saya mengelak daripada terlalu memikirkan apa yang pernah terjadi.

“Jika saya tidak teruskan kehidupan dan sentiasa mengimbau kembali kenangan dahulu, saya mungkin akan terasa hati. Oleh kerana itu, lebih baik saya sibuk bekerja,” katanya kepada Kosmo!

Atikah memberitahu meskipun tiada jodoh antaranya dengan Awi, namun hubungan mereka masih rapat memandangkan mereka berdua sudah berkawan selama tujuh tahun.

“Kami masih berhubungan antara satu sama lain. Saya kenal Awi lebih lama berbanding tempoh kami berdua mengikat tali pertunangan.

“Awi seorang yang sangat baik. Saya tidak sanggup membuang sisi baik Awi yang saya kenali sejak tujuh tahun lalu hanya kerana kegagalan hubungan kami.

Dalam pada itu, Atikah berkata dia kini lebih terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja dan mampu mengawal kesedihan hasil sokongan ibu bapa.