fbpx

Atikah Suhaime Akui Rapat Dengan Bekas Tunang

Walaupun jodoh di antara pelakon Atikah Suhaime dan penyanyi Awi Rafael putus di pertengahan jalan, Atikah menjelaskan hubungan mereka masih rapat memandangkan mereka berdua sudah berkawan selama tujuh tahun.

“Kalau boleh saya tidak mahu putuskan ikatan persahabatan kami. Saya anggap apa yang berlaku itu memang tiada jodoh kami berdua,” katanya yang ditemui di majlis berbuka puasa Astro baru baru ini.

BACA: Atikah Suhaime Tak Dapat Tunjuk Skil Masak Pada Suami

Oleh itu, untuk tidak lagi memikirkan perkara-perkara yang mengecewakan dirinya, Atikah telah menyibukkan diri dengan pelbagai tawaran lakonan dan pengacaraan yang semakin banyak diterimanya.

“Alhamdulillah… setakat ni saya memang terima banyak tawaran berlakon. Selain di Malaysia, saya juga kini turut aktif berlakon di Indonesia.

“Sejujurnya, ini adalah masa yang sangat sibuk buat diri saya. Rasanya kalau tidak sesibuk sekarang, mungkin saya akan terfikirkan perkara lalu yang membuatkan saya rasa kecewa,” katanya.

Atikah juga memberitahu dia kini terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja namun tidak mencari dalam soal jodoh kerana percaya ianya akan hadir sendiri apabila tiba masa.

“Saya masih terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Soal jodoh, bagi saya ia akan datang sendiri. Cuma kita tak tahu lambat atau cepat. Saya pun tak pernah tutup pintu hati” katanya lagi. (rtky/h)