Perkongsian pelakon Raja Azura menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dia bersama rakan selebriti iaitu Sharifah Shahora dan Rita Rudaini.
Menerusi video tersebut, Raja Azura bersama Sharifah Shahora sedang asyik bercerita mengenai menu masakan penyanyi Amira Othman dan Fattah Amin ketika berbulan madu.
BACA: Rita Rudaini Dakwa Sekolah Simpan Kes Buli ‘Bawah Karpet’
“Baru menikah, Amira dengan Fattah goreng ikan bilis letak cili api dan bawang pun boleh viral. Kami ni masak lembu seekor pun tak viral, baru menikah dik tunggu lama sikit,” katanya.
Apa yang menjadi perhatian ramai, rata-rata netizen memuji Rita Rudaini yang tidak masuk cambur ketika perbualan berkenaan dan hanya fokus dengan makanan.
Malah, ada yang mengatakan Rita wanita ‘classy’ dan matang kerana tidak turut serta ‘membawang’. Kata netizen lagi, disebabkan itu anak-anaknya bijak pandai.
