fbpx

Umum mengetahui, kempen Geng Solat Subuh Macam Jumaat yang dilakukan oleh pelakon Alif Satar mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang turut serta dalam program tersebut.

Memetik mStar Online, Alif berkata dia akan tetap meneruskan kempen teersebut meskipun ada segelintir pihak yang mempertikaikan niat baiknya itu.

BACA: Alif Satar Tak Peduli Komen Negatif Kempen Subuh Berjemaah

Menurut Alif lagi, apa yang dilakukan adalah satu tanggungjawab sebagai umat Islam untuk mengajak melakukan perkara yang baik serta meminta individu yang pertikai agar baca surah Ruqyah serta beristigfar.

“Saya tak faham dengan orang yang mempertikaikan ajak pergi masjid, saya rasa dia kena baca surah ruqyah untuk bersihkan hati dan istigfar.

“Saya rasa tak kira perbezaan latar belakang ataupun politik tapi bila sebut solat Subuh dan berjemaah rasanya semua akan setuju.

“Alhamdulilah saya rasa tenang sekarang ini dan harapnya dengan apa yang buat ini dapat peroleh kebaikan buat semua dan untuk bulan puasa nanti akan ada banyak lagi aktiviti yang dibuat,” katanya.

Terdahulu, Alif berkata dia enggan memikikan mengenai kata-kata negatif dan baginya apa yang dilakukannya adalah kerana Allah.