fbpx

Alif Satar Tak Peduli Komen Negatif Kempen Subuh Berjemaah

Umum mengetahui, kempen Geng Solat Subuh Macam Jumaat yang dilakukan oleh pelakon Alif Satar mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang turut serta dalam program tersebut.

Dalam ramai yang memuji, pasti ada yang seolah kurang senang dan mengecam usaha pelakon itu dalam melakukan kebaikan.

BACA: Individu Kurang Senang Usaha Alif Satar Ajak Orang Solat Subuh Macam Jumaat 

Memetik Oh Bulan, Alif berkata dia enggan memikikan mengenai kata-kata negatif dan baginya apa yang dilakukannya adalah kerana Allah.

“Saya tidak peduli langsung sebab tahu apa yang dibuat ini, iaitu ajak ramai-ramai (solat secara berjemaah di masjid). Dua tiga orang ini saya tak kisah.

“Saya fikir apabila buat gerakan sebegitu, ramai yang ikut. Tidak ada kena mengena dengan kepentingan diri. Apa yang saya buat memang kerana Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Alif turut menyarankan orang ramai mendirikan solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran kawasan masing-masing.

“Jom ajak semua orang di sekeliling kita untuk bangun solat subuh secara berjemaah di masjid berhampiran masing-masing. Insya-Allah, saya boleh sertai di mana-mana masjid nanti,” katanya.

Sebelum ini, seorang individu mendakwa orang ramai datang solat subuh di masjid hanya kerana Alif Satar dan bukannya kerana Allah.