fbpx

“Tak Faham Artis Antivaksin, Cucuk Dagu, Cucuk Dada Boleh Pula”

Penyanyi Datuk Hattan meluahkan rasa bingung dengan tanggapan segelintir selebriti yang menolak untuk mengambil vaksin Covid-19.

Memuat naik status di Facebook miliknya, Hattan turut hairan mengapa ada yang menolak vaksin namun sanggup ‘dicucuk’ macam-macam pada tubuh demi kecantikan.

BACA: Tak Mahu Cakap Belakang, Hattan Terus Tegur Jika Artis Buat Silap

Perkongsian Hattan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang terhibur serta menyokong status penyanyi itu.

Namun, ada yang kurang senang dengan perkongsian tersebut dengan mengatakan ianya adalah hak masing-masing sama ada untuk mengambil atau menolak vaksin.