fbpx

“Tak Dosa Kan Tengok Bola Kat Mamak?”

Tetap memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan menentang Vietnam semalam, Rita Rudaini berkongsi video membawa anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna menonton perlawanan akhir pertama Malaysia di restoran mamak.

BACA: “Kami Bersedia Tunggu Aidil Kembali Ke Sisi Anak-Anak”

Menerusi video terbabit, Rita turut menulis kepsyen sinis yang seolah memerli terhadap pihak yang didakwa Rita sebelum ini, cuba melagakan hubungan mereka dengan bekas suami, Aidil Zafuan untuk berbaik semula.

Dalam rakaman itu juga, dilihat Rayyan dan Arjuna begitu teruja melihat pasukan bola sepak Malaysia menjaringkan gol. Terdahulu, Rita memberitahu ramai pihak ingin memberikan tiket untuk anak-anaknya menonton bola di stadium.

Bagaimanapun, Rita menerusi laporan terdahulu akan mempertimbangkan untuk turun ke stadium jika undangan itu datang dari Aidil. Rata-rata keputusan Rita untuk menonton di mamak sahaja mendapat pujian ramai.

Ramai berpendapat Rita membuat keputusan bijak tanpa mengikut emosi dengan tidak muncul diri di stadium, sekaligus tidak menganggu fokus Aidil bermain untuk skuad Harimau Malaya semalam. (rtky/w)