fbpx

Tak Dapat Sambutan, Umrah Bersama Lan Pet Pet Ditunda

Minggu lalu, kecoh di media sosial pelawak terkenal, Lan Pet Pet membelasah dan seorang pengawal keselamatan warga emas. Susulan insiden tersebut, akaun Instagram pelawak tersebut dihujani dengan kecaman dan komen makian netizen.

Bukan itu saja, perkongsian mengenai promosi umrah oleh pelawak itu juga turut diserang netizen. Malah netizen juga turut menggesa agensi pelancongan yang diwakili Lan itu membatalkan semua kerjasama antara mereka.

BACA: Pak Ya Mahu Saman Lan Pet Pet

Terbaru, agensi pelancongan tersebut mengumumkan pihak mereka terpaksa menunda pakej umrah seperti yang diiklankan oleh pelawak itu.

Pengarah agensi pelancongan Ambar Travel & Tours, Nor Aishah Idris berkata, keputusan itu dibuat selepas pelawak itu gagal mengumpulkan jumlah peserta yang diperlukan.

“Pakej umrah itu sebenarnya bergantung pada jumlah peserta yang berminat. Mengikut syarat perjanjian, Lan perlu mencari peserta sendiri.

“Tapi bila sampai masa, pihak kami dan Lan sendiri gagal mengumpul peserta menyebabkan pakej umrah yang dipromosikan di Instagram itu terpaksa ditunda ke tarikh lain,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, agensi itu menjelaskan kerjasama mereka hanya bersifat sementara mengikut projek yang dipersetujui dan pelawak itu bukanlah duta yang dilantik untuk syarikat mereka. Jelasnya lagi, jika Lan Pet Pet berjaya melaksanakan trip tersebut barulah akan dilantik menjadi duta.