fbpx

Tak Dapat Ke Morocco, Zahirah & Aiman Terpaksa Bulan Madu Di Langkawi

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza tidak sempat menikmati bulan madu mereka selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang pasangan ini untuk berbulan madu memandangkan kerajaan sudah membenarkan rentas negari apabila Zahirah dan Aiman memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian.

BACA: Aiman Hakim Ditegur Kerana Zahirah MacWilson Terlalu Seksi

Menerusi Instagram, Zahirah dilihat memuat naik beberapa gambar romantis bersama suaminya berpelukan di pantai. Dalam entri tersebut, Zahirah mengatakan mereka sepatutnya berbulan madu di Morroco untuk berbulan madu.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat gambar pasangan itu. Malah ramai yang menitipkan doa agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Untuk rekod, Zahirah sah bergelar isteri kepada Aiman dengan sekali lafaz di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Februari 2020.