fbpx

“Tak Dapat Ke Luar Negara, Shopping Dekat Pavilion Pun Dah Happy”

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 1 Jun lalu, rakyat diminta untuk duduk di rumah dan hanya kedai keperluan asas sahaja dibuka.

Menerusi satu entri di Instagram, usahawa kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, meluahkan rasa sedih dan rindu untuk kembali bebas semula. Kata Aliff lagi, jika tidak dapat ke luar negara, dapat membeli belah di Pavilion, Kuala Lumpur sahaja dia sudah cukup gembira.

BACA: Seronok Menari TikTok, Zizan Razak Nasihat Aliff Syukri Pakai Seluar Dalam Ketat Sikit

Aliff berkata, dia sudah tidak sanggup untuk menunggu semua sektor kembali beroperasi yang dijangka pada hujung tahun ini.

“Bila boleh bebas macam dulu. Tidak dapat pergi luar negara, dapat membeli belah pun saya sudah gembira.

“Ini rumah saya dekat pusat beli belah ternama, nak pergi ke sana pun tutup. Rasa tak sanggup nak tunggu bulan Oktober, lamanya. Kenapa boleh jadi macam ini Malaysia?” luahnya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang meminta usahawa itu bersabar serta bersyukur dengan kehidupannya kerana jika dibandingkan dengan rakyat Palestin ada yang kehilangan tempat tinggal dan tiada keseronokan untuk mereka.