fbpx

Nampaknya selepas digelar penyanyi nombor satu negara, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mahu menjadi seorang TikToker pula.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff dilihat memuat naik videonya menari selepas 10 kali berlatih untuk menghasilkan video TikTok berkenaan.

BACA: “Biarlah Orang Nak Kecam, Sekarang Saya Penyanyi Nombor Satu”

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah komen daripada pelakon popular Zizan Razak yang menasihati Aliff supaya memakai seluar dalam ketat setiap kali menari seperti itu.

Selepas membaca komen Zizan, rata-rata netizen mengatakan baru mereka perasan ada sesuatu yaang menonjol ketika Aliff sedang sakan menari.

Dalam pada itu, ada yang menegur keadaan fizikal Aliff yang dilihat semakin kurus serta berharap usahawan itu baik-baik sahaja.