Nama penyanyi Khai Bahar tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia antara penyanyi muda berbakat yang sentiasa menjadi perhatian ramai. Apa saja lagu single yang dikeluarkan pasti akan mendapat sambutan luar biasa.

Bukan saja memiliki suara yang sedap didengar malah memiliki rupa paras kacak yang menjadi idaman gadis-gadis. Rasanya 1.3 juta pengikut di Instagram majoritinya dikalangan wanita.


BACA: “Saya Mudah Jatuh Cinta, Suka Gadis Pandai Masak”


Pasti ramai gadis di luar sana nak tahu ciri-ciri gadis idaman yang Khai Bahar impikan. Menurut Khai, dia masih lagi tidak mempunyai kekasih dan tak minat cari kekasih. Rupanya ini sebabnya kenapa Khai masih lagi belum berpunya.

“Kekasih rasanya tak cari, saya nak cari calon isteri terus. Kriteria gadis idaman, seorang yang penyayang, menghormati ibu bapa dan seorang pendengar yang baik,” katanya kepada mStar Online.



Khai turut menyenaraikan beberapa sikap manusia yang kurang disenangi olehnya antaranya mereka yang ego, pemarah dan penipu.

Sebelum ini Khai pernah mendedahkan dia seorang yang mudah jatuh cinta. Ciri-ciri yang perlu ada pada bakal suri hatinya ialah seorang yang pandai memasak.