fbpx

“Saya Mudah Jatuh Cinta, Suka Gadis Pandai Masak”

Penyanyi berbakat Khai Bahar antara penyanyi muda berbakat yang kini sentiasa menjadi perhatian. Bukan saja memiliki suara yang sedap didengar malah memiliki rupa paras kacak yang menjadi idaman gadis-gadis.

Khai Bahar mula dikenali menerusi aplikasi Smule, apabila lagu yang dinyanyikan olehnya iaitu Sudah Ku Tahu nyanyian Projector Band dan duet bersama Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih tular di media sosial.

Single pertamanya iaitu Bayang berjaya menambat hati pendengar. Khai Bahar kini sedang sibuk mempromosikan single keduanya, Luluh.

Dengar cerita Khai masih lagi single dan belum berpunya. Mesti ramai nak tahu apa ciri gadis idaman Khai Bahar.

Rupanya Khai sendiri mengaku dia seorang yang mudah jatuh cinta. Ciri-ciri yang perlu ada pada bakal suri hatinya ialah seorang yang pandai memasak.

Sumber: Intrend