fbpx

Tak Boleh Tidur, Anzalna Nasir Mahu Bantu Mangsa Banjir

Sejak beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan musibah banjir menimpa di sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan ribuan penduduk terjejas.

Terkesan dengan apa yang menimpa mangsa banjir, pelakon Anzalna Nasir berkata dia tidak sampai hati melihat banyak kediaman dinaiki air sehingga merosakkan harta benda.

BACA: Bapa Jadi CEO FINAS, Anzalna Akui ‘Didekati’ Untuk Dapatkan Kerja

“Sedih tengok banyak rumah dinaiki air, kereta dan motor rosak. Semoga tabah menghadapi dugaan dan moga dipermudahkan segalanya.

“Insya-Allah, Anzalna akan tolong apa yang termampu. Kepada keluarga yang mempunyai anak kecil, tolong DM (mesej) kalau memerlukan pertolongan dari segi keperluan harian,” tulisnya.

Kata Anzalna lagi, dia tidak lena tidur malam apabila mengenangkan mangsa banjir lebih-lebih lagi jika ada yang terkandas serta mempunyai anak-anak yang masih kecil.

“Selalunya bila hujan lena tidur tetapi kali ini tidak tidur pun tak apa sebab risau. Terfikir keluarga yang ada anak-anak kecil kesejukan,” katanya.

Terdahulu, beberapa kawasan Lembah Klang dinaiki air berikutan hujan berterusan yang turun sejak Jumaat lalu.