fbpx

Bapa Jadi CEO FINAS, Anzalna Akui ‘Didekati’ Untuk Dapatkan Kerja

Umum mengetahui bapa pelakon Anzalna Nasir iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 1 November lalu.

Susulan pelantikan itu, Anzalna mengakui ada individu cuba mendekati untuk mendapatkan tawaran kerja. Bagaimanapun, Anzalna berkata dia tidak mempunyai kuas untuk menjadi ‘orang tengah’.

BACA: Anzalna Nasir Bangga Bapa Pegang Jawatan CEO Finas

“Memang benar ada yang tak pernah hubungi saya sebelum ini pun, tiba-tiba saja hubungi. Tapi, saya anggap mereka sekadar nak bertanya khabar dan ucapan terima kasih.

“Walaupun tawaran diberikan menarik, tapi apa yang boleh saya kata adalah jawatan itu disandang oleh ayah dan saya tidak mempunyai sebarang kuasa langsung.

“Saya hanya mampu berikan sepenuh sokongan dan selalu berharap dia (ayah) dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Anzalna menafikan dakwaan mengatakan dia dihujani dengan tawaran lakonan selepas bapanya menjadi CEO.

“Sebenarnya sebelum bapa saya dilantik CEO Finas sehinggalah sudah memiliki cahaya mata, tawaran berlakon untuk saya sentiasa ada.

“Saya bersyukur sampai sekarang masih ada tawaran yang datang, malah ada syarikat produksi masih tak putus asa bertanya mengenai jadual kerja saya walaupun sudah tahu jawapan yang akan diterima nanti.

“Jadi segala dakwaan yang mengatakan saya dihujani tawaran selepas bapa dilantik CEO Finas adalah tidak benar. Alhamdulillah, sama ada ayah saya dilantik atau tidak, rezeki berlakon memang sentiasa ada,” katanya.