fbpx

Tak Boleh Berpisah Dengan Suami, Kawan Baik ‘Sindir’ Fazura

Sebut saja Nur Fazura dan Fattah Amin, boleh dikatakan mereka ini pasangan selebriti paling sensasi di Malaysia. Sama cantik sama padan, pasangan ini sering menjadi perhatian ramai.

Sering berkongsikan gambar romantis bersama di media sosial, ramai peminat mencemburui pasangan ini kerana setiap perkara mereka lakukan bersama nampak sangat manis dan penuh rasa cinta.

BACA: Usahawan Saman Fazura, Tuntut Semula RM156,000

Baru-baru ini, teman rapat Fazura ada memuat naik video di Insta Story yang menjadi perhatian ramai. Nampaknya rakan baiknya itu agak cemburu dengan kemesraan pasangan itu yang sepanjang masa saling berhubung.

“Bukan you seorang je ada suami, kita semua ada semua. Tak payah nak call suami, selalu nak call. Ya Allah, menyampah,” katanya.

Rakan baiknya itu secara berseloroh mengusik Fazura yang sedang asyik berbual dengan suaminya menerusi aplikasi FaceTime. Menyedari gelagatnya dirakamkan, Fazura hanya ketawa kecil dan meneruskan perbualan dengan suami kesayangannya.

Nampaknya, walaupun sudah hampir setahun lebih berumah tangga, rasa cinta pasangan ini masih hangat membara dan masih romantik seperti pengantin baru. Apa pun semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.